fbpx

424 veteran ATM di Kelantan, Terengganu terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (kiri) semasa melawat rumah seorang veteran ATM yang terjejas banjir di Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seramai 424 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terjejas dengan bencana banjir yang ketika ini melanda Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, daripada jumlah itu golongan veteran ATM di Kelantan paling ramai terkesan iaitu 299 orang.

“Seramai 125 orang veteran terkesan dengan banjir di Terengganu,” katanya semasa menyantuni veteran ATM yang terkesan dengan banjir di sini semalam.

Mengulas lanjut, Adly memberitahu, ATM telah membantu penduduk yang terjejas menerusi Ops Murni yang dijalankan sejak 27 November lalu.

Menurutnya, Ops Murni di Kelantan melibatkan daerah Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI