fbpx

3 ditahan disyaki bunuh seorang lelaki di pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian di sebuah unit pangsapuri di Jalan Sungai Tapang, dengan seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dengan kesan tetakan pada bahagian badan.

PADAWAN – Tiga orang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang lelaki dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Tapang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 25 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di perkarangan Balai Polis Kota Sentosa.

“Kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau berkata Bilik Gerakan IPD Padawan menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi, hari ini.

Susulan itu, katanya pasukan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan yang tiba di lokasi kejadian menjumpai seorang lelaki berumur 22 tahun terbaring di dalam sebuah bilik di unit pangsapuri tersebut dengan kesan tetakan pada bahagian badan.

Mohd Irwan berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir di lokasi.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI