fbpx
Gadis berdarah Kelantan dan Australia yang mengasaskan bisnes produk kecantikan, Venus Rose ini meminati perkara-perkara kecantikan sejak kecil.

Ekspresi jelita usahawan muda Tiara Suraya Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OBSES menjadi cantik dan sentiasa mahu berpenampilan anggun sejak kecil membuatkan gadis muda ini nekad menyambung pengajian dalam jurusan berkaitan kecantikan.

Tiara Suraya Rahman A Scott ‘terbang’ ke Australia bagi menyambung pengajian dalam bidang Sains Bioperubatan (Anatomy and Human Biology Women’s Health) di University of Western Australia berkisar kesihatan dan kecantikan wanita.

Usai empat tahun berkelana ‘menggali’ ilmu bidang yang disukainya itu, dia berjaya membawa pulang segulung ijazah ke tanah air.

Bagi anak kacukan Kelantan dan Australia ini, impiannya untuk mempunyai produk kecantikan dalaman dan luaran selain kosmetik miliknya sendiri sudah tertanam sejak dia masih di bangku sekolah lagi.

“Kecantikan kulit, kecantikan luaran dan dalaman adalah kehidupan saya.

“Maka dengan itu, tidak lama selepas tamat pengajian, saya buka bisnes sendiri dan perkenalkan Venus Rose sejak 1 Januari 2024.

“Saya akan pastikan pengguna Venus Rose bahagia dan berpuas hati bila menggunakan barisan produk kami sekali gus berkongsi dengan orang sekeliling,” katanya membuka bicara bersama Aura ketika ditemui.

tiara Suraya Rose (depan) semasa sambutan Hari Keluarga syarikatnya
baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pembukaan perniagaan pada usia baru mencecah 23 tahun, dia yang mesra disapa Tiara Suraya Rose mengakui ‘jalannya’ untuk mempunyai produk sendiri bukanlah semudah disangka.

Ujarnya, dia mengambil masa hampir setahun untuk mencari formulasi yang sesuai dari semasa ke semasa sebelum hadir dengan jenama sulungnya, Venus Rose.

“Alhamdulillah 2024 merupakan tahun paling saya tidak dapat lupakan kerana merupakan tahun bersejarah bagi saya dan seluruh warga Venus Rose.

“Meskipun tidak sampai setahun lagi di pasaran dan menemui pengguna, kita sudah melakar beberapa kejayaan indah dan begitu bermakna,” katanya.

Meneruskan perkongsian, anak kedua daripada tiga beradik itu berbangga walaupun masih ‘hijau’ dan baharu dalam dunia kecantikan serta kosmetik, perniagaannya itu juga mampu dikongsi dengan orang lain.

“Alhamdulillah buat masa ini kita ada 28 staf yang berperanan mengendalikan syarikat dan jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Jujur saya katakan kita masih lagi merangkak, tetapi alhamdulillah jualan bagi tahun pertama kini sudah melepasi setengah juta dan akan berusaha keras mencapai sasaran seterusnya,” katanya yang dianugerahkan usahawan muda terbaik Nona bawah usia 30 tahun baru-baru ini.

Berkongsi sedikit cabaran menjadi ketua dalam sebuah syarikat sedang membangun dengan produk semakin memuncak, Tiara mengakui bukan mudah menguruskannya terutama dalam usia yang begitu muda.

TIARA Suraya Rose (kanan) bersama keluarganya.

Jelasnya, syarikat mempunyai staf yang rata-ratanya lebih berusia daripadanya selain rakan niaga lain yang jauh lebih berpengalaman.

“Di sini, apa yang saya boleh simpulkan mereka melihat usia muda saya sebagai satu aspek yang kurang meyakinkan.

“Tetapi saya okay kerana itu memang skeptikal masyarakat kita yang kurang yakin dan mempercayai bila orang terlalu muda memimpin sebuah syarikat.

“Hasil kerja keras saya selama ini saya buktikan dan pamerkannya kepada mereka,” katanya.

Berkongsi kejayaan dikecapi Venus Rose, Tiara memberitahu, dia juga berpeluang mempromosi sekali gus menjalin kolaboratif bersama stesen radio tempatan sekali gus merakam sebuah lagu jingle khas yang dinyanyi sendiri olehnya hasil ciptaan DJ Fuzz.

Tiara menyifatkan, pada zaman serba maju dan canggih ini, semua orang boleh keluarkan produk mereka sendiri.

Pun begitu katanya, memasarkan produk baharu atau dipanggil ‘baby product’ memerlukan kegigihan dan ketekunan paling tinggi.

“Itu sahaja tidak cukup, seperkara lagi pemilik produk atau usahawan itu sendiri perlu kreatif dan kreativiti memainkan peranan yang amat besar untuk menyerlah di pasaran,” tuturnya.

Satu lagi keunikan yang ditawarkan Venus Rose adalah dari aspek ‘human touch’ dengan pelanggan sendiri yang mana syarikat mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan mereka,” katanya.

Jelasnya, syarikat akan memastikan pelanggan sentiasa ditanya perkembangan dan maklum balas menerusi kumpulan WhatsApp sekali gus bertanya khabar supaya mereka merasa dihargai.

“Kelebihan bagi pelanggan Venus Rose, kita akan adakan perjumpaan tahunan supaya hubungan silaturahim itu kekal dalam satu konteks keluarga besar,” katanya.

Sebagai seorang usahawan kecantikan, Tiara sendiri dilihat jelita dan menawan.

Berkongsi tip kecantikan dan kesihatan secara umum, Tiara memberitahu dia akan bersenam lima kali sehari (minimum), mengunjungi spa untuk urutan dan merehatkan minda di pusat kecantikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Selebihnya saya juga suka membaca, meditasi di rumah, habiskan masa dengan keluarga tercinta, makan makanan sihat dan tentunya mengambil Venus Rose sebagai makanan suplemen untuk kekal cantik bertenaga,” katanya.

Sedikit mengenai perancangan jangka panjang, Tiara merancang untuk terus kekal berada di pasaran dan diterima ramai sekali gus bakal mengeluarkan lebih banyak barisan produk di bawah label Venus Rose kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN