fbpx
PASUKAN Bomba dan Penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat dua orang mangsa yang hilang ketika meredah banjir di Kampung Tanjung Kanan, Kuala Nerang, Kedah pada 28 September 2024

Luahan Pembaca: Banjir bukan satu pesta, bahaya menanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

MUSIM bah atau tengkujuh kini mula melanda beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur bermula minggu ini.

Beberapa kawasan juga sedang dilanda banjir, oleh itu saya ingin menasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak supaya tidak menjadikan ia sebagai satu pesta.

Janganlah terlalu teruja untuk bermain air kerana bahaya sedang menunggu.

Ini kerana, kita tidak tahu kemungkinan air banjir boleh membuatkan kita lemas, ada binatang berbisa dalam air, benda tajam mahupun kebocoran elektrik.

Lagipun perkara ini sering kali berlaku saban tahun apabila tibanya musim banjir.

Ada yang mati lemas, ada juga yang cedera digigit binatang berbisa.

Malah, sebelum ini juga, laporan berita turut memaparkan kisah ada yang mati terkena kejutan elektrik ketika banjir.

Jadi nasihat saya kepada ibu bapa, awasilah anak-anak anda. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak ‘meraikan’ kedatangan musim bah.

Ingat, malang tidak berbau, elakkan diri atau ahli keluarga anda menjadi sebahagian daripada mangsa ketika musim bah ini.

Jika kawasan anda adalah lokasi kerap berlakunya banjir, bersiap sedialah kelengkapan dan simpan barang berharga di tempat selamat.

Berpindahlah jika diarahkan, jangan risikokan diri dan ahli keluarga yang lain.

Pok Su Mie
Bachok, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN