fbpx

Dua anggota cedera kereta polis bertembung pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dan trak pikap yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran hari ini.

MARAN – Dua anggota polis yang dalam perjalanan menyiasat satu kes kemalangan cedera selepas kenderaan jenis Honda City dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak pikap di Kilometer 74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 3.25 pagi itu berlaku ketika dua anggota polis yang berumur 38 dan 29 tahun berkenaan dalam perjalanan dari Balai Polis Trafik Maran ke Jengka 19 bagi menyiasat satu kes kemalangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian dipercayai tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux daripada arah bertentangan yang hilang kawalan dan masuk ke laluan kenderaan jenis Honda City sebelum bertembung.

“Akibat kejadian pemandu kereta mengalami kecederaan parah pada tangan kiri dan penumpang hadapan kereta cedera di bahagian dada manakala pemandu trak pikap cedera pada bahagian dada,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk mendapatkan rawatan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh dengan pemukaan jalan rata dan semasa kejadian cuaca baik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI