fbpx

Tumbuk, kurung ibu saudara sampai hampir reput berang kena kongkong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK kes bunuh ibu saudara (tengah) dibawa ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, Pasir Puteh, Ipoh semalam.

IPOH – Berang dikongkong dipercayai menjadi punca seorang lelaki hilang pertimbangan apabila bertindak menumbuk ibu saudaranya berkali-kali hingga jatuh tangga.

Lelaki berusia 21 tahun itu kemudiannya mengurung mangsa berusia 54 tahun di dalam bilik selama empat hari sebelum mayat wanita tersebut dijumpai dalam keadaan hampir reput dan membusuk.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, suspek yang juga seorang penganggur itu mengaku melakukan kekerasan hingga menyebabkan kecederaan ke atas ibu saudaranya di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang.

Katanya, motif suspek bertindak demikian dipercayai kerana marah dikongkong oleh mangsa.

“Suspek adalah anak saudara kepada mangsa dan tinggal bersama wanita itu. Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa hilang sabar kerana dikongkong oleh ibu saudaranya.

“Disebabkan itu, dia melepaskan geram dengan menumbuk mangsa berkali-kali sehingga wanita itu terjatuh di tangga sebelum mengurungnya di dalam bilik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, adik lelaki mangsa sebelum itu ada mencari kakaknya namun diberitahu oleh suspek bahawa wanita tersebut hanya berkurung di dalam bilik.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa hari dan terhidu bau busuk, adik mangsa membuat laporan kepada polis yang membawa kepada penemuan mayat wanita itu semalam.

“Berikutan itu, suspek ditangkap dan kini ditahan reman lima hari sehingga Jumaat depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menerusi laporan media semalam, mayat wanita hampir reput ditemukan dalam bilik di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, Pasir Puteh di sini selepas menerima maklumat awam pada pukul 8.31 pagi.

Susulan penemuan itu, tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki yang merupakan anak saudara mangsa bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI