PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri pagi ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari itu melibatkan seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, di Pulau Pinang turut berdepan cuaca buruk pada tengah hari ini di Seberang Perai Selatan, manakala di Perak hanya melibatkan Kerian.
“Bagi negeri Terengganu pula, amaran diberikan di Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
“Cuaca buruk juga melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor,” katanya.
Sementara itu, amaran sama diberikan di Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, manakala di Sarawak melibatkan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE