fbpx

Malaysia bersedia beri bantuan kewangan kepada Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Lebanon, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lebanon bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan rejim Zionis Israel ke atas negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memaklumkan perkara itu semasa menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Lebanon, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi hari ini.

Jelas Anwar, kunjungan hormat oleh Perdana Menteri Lebanon tersebut sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

“Dalam pertemuan ini saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lebanon yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel,” katanya hari ini.

Anwar berkata, Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lebanon susulan insiden serangan Israel terhadap negara tersebut.

Kata beliau, enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) tercedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI