fbpx
Gambar hiasan.

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 4 petang itu melibatkan Sik dan Baling di Kedah, manakala di Johor melibatkan Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran ribut petir juga melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak, manakala di Kelantan hanya melibatkan Jeli.

“Bagi Terengganu pula, amaran ribut petir melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

“Keadaan sama juga dilaporkan melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Kuala Pilah,” katanya.

Dalam pada itu, Sarawak turut menerima amaran sama di Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi), manakala Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Semporna) di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN