fbpx
HAMILTON dikatakan mungkin meninggalkan litar F1 selepas tamat kontrak tiga tahun bersama Ferrari bermula musim depan. - AFP

F1: Hamilton mula hitung persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dikatakan sudah ada perancangan untuk menggantung sut perlumbaan biarpun menandatangani kontrak tiga tahun dengan Ferrari bermula musim depan.

Meskipun Hamilton belum secara rasmi mengesahkan kontrak itu sebagai perjanjian terakhir dalam kariernya, namun penulis terkenal F1, Matt Whyman percaya legenda berusia 39 tahun itu sudah mengetahui waktu tepat untuk persaraannya.

Whyman mendedahkan Hamilton pernah menyatakan hasrat untuk berlumba bersama Ferrari sebelum bersara.

“Saya bertanya terus kepadanya tentang perkara ini dan dia menjawab, ‘Ini impian setiap anak muda yang masuk ke dunia perlumbaan untuk berlumba dengan Ferrari. Saya tak mahu bersara dengan soalan ‘Apa kalau?’ tergantung dalam fikiran saya’,” kata Whyman.

Sebelum ini, Hamilton pernah berkongsi jadual padat turut mempengaruhi keputusannya untuk bersara selepas kehidupannya di luar litar juga menjadi perhatian utama terutama minatnya yang mendalam terhadap dunia fesyen, muzik dan aktivisme sosial.

Hamilton juga pernah menyatakan waktu bersama keluarga dan menumpukan masa pada hobi peribadi adalah sesuatu yang penting selepas lebih dua dekad mengejar kejuaraan di litar.

Sebagai rekod, Hamilton bukan sahaja ikon di litar, tetapi juga merupakan satu-satunya pemandu berkulit hitam dalam sejarah F1 dan telah menggunakan platformnya untuk membangkitkan isu-isu sosial.

Di samping itu, Hamilton telah memecah rekod demi rekod F1 termasuk kemenangan Grand Prix terbanyak dan dianggap salah seorang pemandu terbaik sepanjang zaman.

Penglibatan Hamilton dengan Ferrari pastinya akan menempa sejarah baharu selepas melalui hampir seluruh kariernya bersama Mercedes selain perpindahan itu dilihat sebagai percubaan berani untuk menggapai impian yang belum tercapai dalam karier luar biasanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN