fbpx

Ella bakal gegar Johor pada konsert ‘Night To Remember: Rock Nostalgia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLA (tengah) menunjukan poster pada sidang akhbar di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini. – Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Ratu rock Malaysia, Ella sedia menggegarkan Stadium Tertutup Arena Larkin, di sini pada 14 Disember depan selepas lebih 10 tahun tidak mengadakan konsert di Johor.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 58, berkata, dia tidak sabar bertemu dengan peminat bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari Singapura dan Indonesia.

Menurutnya, dia juga teruja membuat persembahan di negeri asal suaminya bersama kumpulan Exists dan juga Kugiran Masdo.

“Rasanya sudah lebih 10 tahun saya tidak mengadakan konsert di Johor, jadi saya memang teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat di sini.

“Pada konsert ‘A Night To Remember: Rock Nostalgia’ ini, saya akan persembahkan antara lapan hingga 10 lagu terdiri daripada lagu-lagu popular dan yang kurang dikenali ramai.

“Tetapi jika crowd happening, Ella akan belanja lagu lebih lagi,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini hari ini.

Peminat yang mahu menyaksikan konsert itu boleh mendapatkan tiket yang berharga antara RM99 hingga RM399 dengan melayari laman web www.ticket2u.com.my.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI