fbpx

Aksi sengit bola baling gamatkan UMPSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAHAR (tengah) bergambar bersama pasukan UNJ yang muncul juara bagi kategori lelaki kejohanan bola baling anjuran UMPSA baru-baru ini.

PETALING JAYA – Aksi sengit antara pelajar universiti dan profesional dari Asia Tenggara dalam kejohanan bola baling telah memeriahkan kejohanan anjuran Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-6 baru-baru ini.

UMPSA dalam satu kenyataan berkata, kejohanan itu menarik 40 penyertaan melibatkan 28 pasukan lelaki dan 12 wanita.

Katanya, selain wakil universiti tempatan, kejohanan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan Universitas Negeri Surabaya (UNESA) Indonesia serta dari Singapura.

“Selain mempromosikan bola baling dalam kalangan generasi muda, kejohanan itu juga dapat memperkukuh kedudukan UMPSA sebagai pusat kecemerlangan sukan di Malaysia.

“Kejohanan itu diiktiraf Persekutuan Bola Baling Malaysia. Acara berlangsung selama tiga hari itu berlangsung sengit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut UMPSA, kategori lelaki dimenangi pasukan UNJ manakala pasukan Universiti Teknologi Mara Lions naib johan.

Tambahnya, pasukan Singapura mempertahankan kejuaraan bagi kategori wanita manakala Terengganu naib johan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd. Shahar Abdullah.

“Dengan adanya penglibatan pasukan antarabangsa, kejohanan ini juga dapat membantu membina jaringan kerjasama global dan memperkukuh hubungan komuniti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI