fbpx
Abd. Rahman melihat tangki NGV teksinya di Alor Setar semalam.

Pemandu teksi pening kepala isu NGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Pemandu teksi di bandar raya ini melahirkan rasa terkejut ekoran pengumuman kerajaan untuk menghentikan penggunaan gas asli mampat (NGV) bermula Julai tahun depan.
Rata-rata pemandu teksi bandar yang ditemui membe­ritahu, langkah tersebut tidak wajar terutama selepas ada antara mereka yang mempunyai tangki NGV yang mempunyai tarikh luput lima tahun lagi.

Menurut Abd. Rahman Awang, 70, dia menghabiskan kira-kira RM4,000 untuk memasang tangki NGV tersebut pada 2019 yang boleh digunakan dalam tempoh 10 tahun.

“Saya baru pasang tangki NGV ini, ada lima tahun lagi sebelum tamat tempoh. Sudahlah pasang upah RM4,000 lebih tiba-tiba jadi macam ini pula. Kasihanlah kami pemandu teksi ini yang semakin tidak beruntung.

“Rasanya ada agensi yang boleh kawal selia tengok tangki ini luput tarikh ke tidak. Sekarang banyak pemandu teksi yang guna NGV ini pening kepala, nak buang pula tentu kena upah pula, terbanglah RM400, RM500 lagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Rahman yang sudah 20 tahun membawa teksi berkatas, berita terbaharu itu juga disifatkan terlalu drastik dan menjejaskan pendapatan mereka.

“Bila guna NGV memang murah satu tangki RM22 dan boleh pandu sampai 250 kilometer (km). Petrol pula harga dua kali ganda dan bertahan separuh daripada jarak itu,” katanya.

Sementara itu menurut rakannya, Mohd. Nabil Ahmad, 57, hampir separuh pemandu teksi yang bernaung di bawah Persatuan Kereta Sewa Alor Setar (Perkasa) itu menggunakan NGV yang dianggap menjimatkan.

“Guna NGV memang jimat tetapi apa boleh buat kerajaan sudah buat keputusan cuma kita rasa kecewalah sikit dan pening kepala memikirkan hidup pada masa-masa depan ini. Nak tanggung keluarga lagi,” jelasnya.

Tambahnya, ramai kalangan pemandu teksi bingung memikirkan kos selepas ini.

Kelmarin Kementerian Pengangkutan mengumumkan tiada lagi kenderaan motor yang dikuasakan dengan NGV dibenarkan bagi kegunaan di atas jalan raya bermula 1 Julai 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN