fbpx
SKRU camber tidak perlu ditukar setiap kali membuat alignment tayar.

Alasan besi Amerika punca harga skru camber melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendedahan Kosmo! mengenai peni­puan jualan skru camber yang dilakukan oleh pengusaha bengkel membuatkan ramai netizen tampil berkongsi me­ngenai kejadian sama hingga terpaksa membayar ratusan ringgit termasuk upah.

Tinjau­an di media sosial mendapati rata-rata ber­setuju dengan laporan tersebut di mana harga sebenar sebatang skru hanya RM8 tetapi dikenakan caj melampau kerana ke­tamakan, penipuan dan teori dongeng yang sengaja dicipta sejak sekian lama.

“Saya pernah kena, skru sahaja di caj RM70, caj beserta upah pula RM150,” kata Wira Samsuddin.

“Saya juga pernah kena, RM150 per unit, bukan sepasang. Saya menyesal dan serik,” tambah Paul Vosko.

Sementara itu, terdapat juga pemilik bengkel yang menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk mengenakan caj yang lebih tinggi kepada ­pelanggan.

“Saya kena caj RM100 untuk satu barang, katanya guna besi dari Amerika,” komen Albert Razy.

“Dicaj RM120 dengan jaminan seumur hidup. Saya ter­kena,” tambah Ffarrhaan.

Bagaimanapun, ada yang mendedahkan penipuan itu telah lama berlaku, namun baru kini isu itu diberikan perhatian tetapi ramai yang tidak tampil kerana bimbang atau tidak tahu cara untuk membuat aduan.

“Perkara yang dah terlalu lama berlaku,” kata Zaini Saat.

“Lama dah buat kerja ini. Baru ini saja nak kecoh,” tambah Apai94.

Dalam pada itu, orang ramai menyeru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup supaya membuat pemantauan terhadap harga barangan di semua bengkel di Malaysia.

“Saya minta pihak yang berkaitan ambil maklum isu ini yang tidak masuk akal. Mohon pihak berkaitan ambil tindakan,” kata The Empire Design.

“KPDN mohon buat pemantauan ke semua bengkel di Malaysia,” ujar Zairi Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN