fbpx
Pemain Perak, Luka Milunovic (kanan) diasak pemain Terengganu Fc, Nelson Wilfredo Bonilla Sanchez (kiri) pada perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Manjung hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

Liga Super: Perak, Terengganu berkongsi mata di Stadium Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Terengganu terus kemarau kemenangan untuk enam perlawanan berturut-turut apabila diikat Perak 2-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Manjung, sebentar tadi.

Perak terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Luka Milunovic yang menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-9, selepas Clayton Da Silviera dijatuhkan dalam kotak penalti..

Gol penyamaan hadir pada minit ke-44 selepas Nelson Bonilla Sanchez menolak masuk hantaran Manuel Gelito Ott.

Bermula babak kedua, Perak kembali mendahului selepas Luciano Guaycochea mudah menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-57.

Minit terakhir perlawanan menyaksikan pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh pemain gantian, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI