fbpx
Gambar hiasan.

‘Isteri kedua buat saya macam ‘banker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebahagian yang dinikmati seorang lelaki yang memiliki kerjaya dan keluarga yang sempurna ‘lenyap’ sekelip mata selepas dia dibebani hutang setelah mengahwini isteri keduanya pada lapan tahun lalu.

Menceritakan perkara itu, lelaki yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 48, itu berkata, dia dibebani hutang sebanyak RM500,000 selepas terpaksa menghentikan operasi perniagaan katering miliknya gara-gara perselisihan faham antara isteri pertama dan kedua.

“Saya berkahwin awal dengan isteri pertama dan mempunyai tiga anak bersamanya. Tetapi semuanya berubah selepas saya nikahi isteri kedua pada 2016,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Hafiz berkata, rumah tangganya bersama isteri pertama mulai goyah apabila dia didakwa melebihkan isteri kedua selain gagal menguruskan perbelanjaan anak-anak.

“Sewaktu pandemik Covid-19, saya memang banyak menghabiskan masa bersama isteri kedua sebab kami ada dua anak yang masih kecil iaitu berusia satu dan tiga tahun.

“Saya ada hubungi dan berikan duit kepada isteri pertama tetapi hubungan kami waktu itu sudah bermasalah dan sering bergaduh. Kesannya, perniagaan yang dibina bersamanya jadi tidak terurus sehingga mengalami kerugian,” katanya.

Menurut Hafiz lagi, dia terpaksa mencari pekerjaan lain bagi melangsaikan segala hutang selain perlu berhutang bagi memenuhi keperluan dan permintaan isteri kedua.

“Sudahlah bercerai dengan isteri pertama, isteri kedua pula sekarang buat saya macam ‘banker’ sehingga saya terpaksa berhutang sana sini.

“Sekarang saya rasa sangat tertekan. Apa yang saya miliki sebelum ini semuanya hilang dan rasa seperti hidup saya baru bermula,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN