fbpx
KEADAAN kawasan bandar Mentakab yang mula dilimpahi air selepas hujan lebat sejak kelmarin.

Banjir sudah sampai bandar Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Kejadian banjir besar yang menenggelamkan bandar Mentakab tiga tahun lalu mula menghantui penduduk di kawasan itu apabila air sudah melimpah ke kawasan bandar.

Berdasarkan Tinjauan Kos­mo! mendapati kawasan Pasar Besar Mentakab telah dipenuhi air banjir, manakala kawasan jalan berhampiran dengan stesen Shell dan Pasaraya TF telah mula dilimpahi air.

Seorang penduduk dikenali sebagai Alice berkata, keadaan jalan di bandar Mentakab yang mula dinaiki air menyebabkan dia bimbang banjir bertambah buruk lagi seperti pada 2021.

Katanya, pada masa ini air masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut dengan cepat sehingga membimbangkan penduduk.

“Saya bimbang keadaan banjir yang menenggelamkan bandar Mentakab yang turut menenggelamkan rumah saya berlaku lagi.

“Kini saya sentiasa memantau keadaan banjir dan bersedia untuk pindah sekiranya air semakin naik,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu seorang penduduk Kampung Batu Kapor, Rosilawati Rosedi, 38, berkata, keadaan rumahnya di pinggir bandar Mentakab yang telah lima hari tenggelam menyebabkan dia mengalami kerugian.

“Pada masa ini air masih lagi tidak surut dan rumah saya masih tenggelam, saya harap ia tidak berlarutan sehingga menenggelamkan bandar Menta­kab yang sudah tentu akan menyebabkan keadaan rumah saya lebih teruk lagi,” katanya.

Sementara itu Ketua Kampung Batu Kapor, Mat Rasul Yurit berkata, sehingga kini seramai 214 keluarga daripada kampung tersebut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Katanya, air banjir hanya surut sedikit di kawasan kampung tetapi air mula membanjiri di kawasan sekitar bandar Mentakab di sini pula.

“Sudah lima hari kami berada di PPS dan walaupun air surut sedikit, namun pada tengah hari ini hujan lebat balik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN