fbpx
Muslim menunjukkan keadaan Jambatan Parit Rambai yang mengalami kerosakan di Pontian semalam.

Jambatan rosak jejaskan 1,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kira-kira 1,000 penduduk terputus hubungan apa­bila Jambatan Parit Rambai, Sungai Sanglang di sini, terpaksa ditutup selepas tidak lagi selamat digunakan disebabkan struktur ­ti­angnya didapati bengkok.

Pengerusi Aduan Rakyat UMNO Bahagian Pontian, Muslim Jupri, 52, berkata, jambatan tersebut menjadi penghubung di antara penduduk Sanglang dan Kampung Parit Kahar, Ayer Baloi dan sekitarnya.

Katanya, kerosakan berlaku apabila ‘gumpalan’ rumput-rumput selain kayu yang hanyut tersekat pada salah satu tiang tersebut ketika paras air naik baru-baru ini menyebabkan struktur jambatan itu menurun.

“Papan tanda amaran dan penghadang telah diletakkan dari kedua-dua arah iaitu Sanglang dan Parit Kahar agar orang ramai tidak lagi melaluinya.

“Jambatan yang berusia lebih 40 tahun ini perlu segera dibina semula memandangkan ia merupakan laluan utama perhubu­ngan desa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, sebelum ini dua buah jambatan lama juga telah runtuh iaitu Jambatan Parit Markom dan Jambatan Kampung Sepah Beruang apabila berlaku ‘rempuhan’ kayu dan rumput.

Katanya, jambatan di Kampung Permatang Sepam, Benut pula telah digantikan dengan Jambatan Bailey apabila ia tidak selamat untuk digunakan.

Seorang penduduk, Shawal Hashim, 53, berkata, Jambatan Parit Rambai juga digunakan oleh murid-murid dari beberapa kampung di Sanglang untuk ke Sekolah Agama Seri Sekawan Desa di Parit Sulaiman.

Katanya, dengan penutupan jambatan itu menyebabkan ­murid-murid terpaksa berpusing menggunakan Jalan Parit Jawa dengan jarak kira-kira 5 kilo­me­ter untuk ke sekolah agama.

“Begitu juga dengan penduduk dari Kampung Parit Kahar, Parit Sulaiman, Parit Maklumi untuk ke Sanglang terpaksa menggunakan Jalan Parit Makasar atau Jalan Pontian Benut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN