fbpx

Lagu duet Fattah, Fazura lancar hari ini sebab angka unik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelancaran lagu duet Nur Fazura dengan bekas suami, Fattah Amin berjudul Bertahan Demi Cinta esok hari ini tiada kena-mengena dengan urusan atau perkembangan peribadi mereka.

Demikian penjelasan syarikat milik Fazura iaitu Fazura Studios menerusi kenyataan rasmi kepada media hari ini.

Memetik kenyataan sama, mereka juga tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kami juga ingin menegaskan bahwa kenyataan yang dikeluarkan pengurus Fazura (Iman Tang) berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu tersebut adalah pendapat peribadinya.

“Tidak mewakili syarikat Fazura Studios dan Hits Record. Kedua-dua syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Fazura,” tulis kenyataan terbabit.

Mengulas lanjut, pemilihan tarikh 10 Oktober itu juga dibuat disebabkan keunikan angkanya.

“Tarikh pelancaran rasmi lagu telah diputuskan secara bersama beberapa bulan lalu oleh Fazura Studios dan Hits Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober 2024 (10-10-2024).

Lagu yang turut mendapat sentuhan Ippo itu dirakamkan di Jakarta, Indonesia pada awal tahun ini disusuli dengan pembikinan video muzik lagu yang menjalani penggambaran di Yogyakarta, Indonesia pada Februari.

Lagu Bertahan Demi Cinta turut dijadikan runut bunyi drama bersiri popular, Hero Seorang Cinderella 2 yang ditayangkan pada 17 Mac lalu.

Spekulasi mengenai lagu tersebut timbul selepas syarikat rakaman Indonesia, Hits Record dilapor memuat naik video dalam Instagram memaklumkan pasangan itu bakal melancarkan single Bertahan Demi Cinta di semua platform penstriman digital pada 10 Oktober.

Sehubungan itu, Iman Tang yang dilaporkan mengakui tidak tahu-menahu mengenai projek single itu menyelar tindakan berkenaan dengan menyifatkan tidakan tersebut sebagai tidak sensitif dan cuba menangguk di air keruh.

Isnin lalu, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup sebagai suami kepada Fazura.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI