fbpx

Gudang kilang di kawasan perindustrian SILC terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah gudang kilang di kawasan perindustrian SILC, Pasir Gudang terbakar dalam kejadian petang tadi.

GELANG PATAH – Gudang sebuah kilang di kawasan perindustrian SILC, dekat sini marak terbakar dalam kejadian petang tadi.

Komander operasi, Penguasa Bomba Kanan I, KUP Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.33 pagi tadi.

Beliau berkata, seramai 39 anggota bomba daripada enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) beserta lapan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, ia melibatkan anggota BBP Iskandar Puteri, Larkin, Skudai, Pekan Nanas, Pontian Baru dan Sebana Cove.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kilang seperti yang dilaporkan.

“PKO bertindak membuat pemadaman di lokasi dan operasi masih berjalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah kilang di kawasan Perindustrian SILC terbakar.

Kepulan asap tebal kehitaman daripada punca kebakaran kilang tersebut mengundang kebimbangan awam yang didakwa berbau bahan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI