fbpx

Dua pengarah bergelar Datuk disiasat kes projek perumahan di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Dua pengarah dari dua buah syarikat pemaju perumahan bergelar Datuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan tuntutan palsu projek perumahan di Temerloh, Pahang bernilai RM4.25 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia 41 dan 44 tahun dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memaklumkan, terdahulu kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 7.05 petang ketika hadir memberikan keterangan
di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati seorang suspek yang merupakan pengarah operasi mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan.

“Ini melibatkan baucar pembayaran dan sijil pembinaan rumah bagi 19 unit rumah berkembar projek perumahan di Temerloh Pahang.

“Ini melibatkan nilai RM4,256,143.20 sepanjang tahun 2021 sehingga 2023 namun pembinaan tersebut tidak pernah dilakukan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, seorang lagi suspek yang ditahan berjawatan pengarah syarikat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI