fbpx

Bukan kunjungan tentera China tapi pelajar universiti – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) hadir Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 di Bertam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan kehadiran tentera dari China ke Pulau Pinang, Sabtu lalu sebaliknya mereka merupakan pelajar dari Naval University Of China.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, lawatan melibatkan seramai 165 pelajar termasuk pensyarah itu adalah bersifatkan program diplomatik dan pertukaran kebudayaan bagi mengukuhkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan China.

Menurutnya, program tersebut juga telahpun mendapat kebenaran daripada semua pihak autoriti dan mengikut protokol.

“Pertama saya ingin betulkan ia bukan kehadiran tentera, tapi pelajar universiti. Kenyataan yang dikeluarkan tidak sama sekali betul dan barangkali memberikan salah faham yang banyak dalam masyarakat.

“Kedua ia adalah program kebudayaan pertukaran kebudayaan dan sukan. Ketiga, ia adalah program yang melibatkan pelajar universiti dan juga sekolah persendirian Cina tersebut (Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian).

“Jadi tidak timbul soal tentera China datang dan kita memberi perhatian penuh kepada isu ini dan sebab itu untuk mengelakkan salah faham dan fitnah-fitnah yang berpanjangan pihak sekolah telah membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 di Bertam di sini hari ini.

Persidangan bertemakan ‘Pendidikan Manusiawi Memacu Pendidikan Negara Madani’ itu di dihadiri 674 pengetua seluruh negara.

Semalam, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai menasihatkan orang ramai tidak menimbulkan spekulasi berhubung kunjungan dua kapal latihan dari China bersama pelajar Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Katanya, kunjungan silaturahim itu dibuat mengikut saluran rasmi yang turut dihadiri Pegawai Residen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang.

Dua kapal pelatih tersebut berlabuh selama tiga hari di sini dan sudah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh.

Kedua-dua kapal ini juga dalam misi pelayaran biasa dan akan singgah di negara-negara sahabat terpilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI