fbpx

Banjir Kedah: Semua masjid diminta buat solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Pendang yang terpaksa berpindah ke PPS selepas rumah mereka dilanda banjir buat kali ketiga.

ALOR SETAR – Kerajaan negeri meminta semua masjid seluruh Kedah mengadakan solat hajat memohon kesejahteraan rakyat dalam menghadapi bencana banjir ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri, Datuk Mohd. Azam Abd. Samad berkata, solat sunat tersebut boleh dilakukan setiap minggu pada Jumaat secara berjemaah di masjid masing-masing.

“Solat hajat ini kita minta buat secara berterusan seperti Ogos lepas kita juga mengarahkan semua masjid buat setiap Jumaat. Dalam berdepan suasana cuaca yang tidak menentu termasuk bencana banjir ketika ini kerajaan negeri turut meminta semua masjid berbuat demikian.

“Setiap masjid boleh berbuat demikian terutama pada setiap Jumaat memohon kesejahteraan kita semua dalam menghadapi bencana alam ini dan memohon dielakkan perkara yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, satu majlis solat hajat dan bacaan Yasin akan turut diadakan di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini malam ini bagi tujuan yang sama.

“Majlis ini kita rancang beberapa hari lepas dan semua pimpinan Pas negeri akan hadir bersama. Orang ramai dijemput,” katanya.

Menyentuh tentang sindiran netizen di media sosial berkaitan banjir yang dikaitkan dengan bala untuk negeri ini kata beliau, setiap musibah adalah ujian dan menjadi asbab kepada umat Islam untuk bermuhasabah. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI