APABILA pihak berkuasa bertindak menyerbu premis-premis bawah kendalian GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), maka berpusu-pusu netizen mengulas dan memberi kupasan mereka terhadap isu berkenaan. Kelihatan masing-masing dengan pandangan tersendiri, ada yang mengambil jalan tengah, pro dan kontra. Kadang-kadang ada yang bernas, namun banyak juga yang sampah. Begitulah rakyat Malaysia, apabila timbul sesuatu kes yang besar maka berlumba-lumbalah sebilangan mereka mahu memperlihatkan diri sebagai yang terpaling bijak, serba tahu dan terlajak pandai. Sepatutnya serahkanlah tindakan tersebut kepada pihak berkuasa, polis, Jabatan……