fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Anak bawa ibu sakit strok datang mengundi bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZAIDA yang berkerusi roda bersama anaknya, Iszham Zulhelmi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih PRK DUN Mahkota di SMK Sri Perdana, Kluang hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Meskipun berdepan dengan masalah kesihatan akibat diserang angin ahmar tidak mematahkan semangat seorang ibu datang ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini hari ini.

Rozaida Hussin, 50, datang ke PDM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana di sini berkerusi roda bersama anaknya, Iszham Zulhelmi Bujang Daik, 18.

“Ini sudah kali kelima saya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, saya bangun awal hari ini untuk datang mengundi sebab anak dan suami bekerja.

“Saya kena strok tahun lepas, walaupun tidak dapat berjalan dengan sempurna, saya tetap datang untuk memilih,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu anaknya, Iszham Zulhelmi merupakan pengundi kali pertama tidak melepaskan peluang untuk merasai suasana pada Hari Mengundi.

“Saya kerja hari ini pukul 8 tetapi sudah minta izin majikan untuk masuk lewat sikit untuk mengundi.

“Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, jadi kita orang muda tenaga banyak cepatlah keluar mengundi hari ini,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN