fbpx
WARGA asing yang menggunakan khidmat sindiket tidak perlu melalui pemeriksaan ketat ketika berada di lapangan terbang.

Masuk Malaysia terus lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat milik warga Bangladesh dipercayai terbabit dalam sindiket membawa masuk pekerja asing menggunakan modus operasi counter setting melalui lapangan terbang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan awal mendapati syarikat itu tidak mempunyai sistem bagi mengesan urusan keluar masuk pekerja warga tersebut ke negara ini.

Menurutnya, syarikat itu mem­bawa masuk pekerja a­sing ke negara ini sebagai pelancong sebelum lesap begitu sahaja.

“Syarikat ini nampaknya tidak mempunyai apa-apa sistem di Malaysia, tetapi jadi orang tengah untuk membawa pekerja ke sini. Sukar juga untuk kita siasat, kesan dokumen dan berapa ramai sudah dibawa masuk.

“Sebab itu tindakan membawa masuk pekerja asing seperti dari Nepal, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh perlu menggunakan sistem yang membolehkan kita menjejaki dan mengesan pekerja yang masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Persidangan Penyelidikan Kebangsaan Mengenai Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Ke-3 yang dirasmikan Ketua Setiuasaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di sini semalam.

Azam memberitahu, pihaknya sedang mendapatkan bukti termasuk bayaran kepada penguat kuasa menerusi akaun syarikat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SPRM sedang melengkapkan siasatan melibatkan 50 pe­nguat kuasa yang ditahan kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

“Siasatan sedang disiapkan. Tunggu kita umumkan sama ada ada tuduh atau tidak,” katanya.

SPRM sebelum ini memaklumkan seramai 60 individu termasuk 50 pegawai penguat kuasa ditahan kerana bersekongkol dengan sindiket membawa ma­suk pekerja asing menggunakan kaedah counter setting di pintu masuk utama negara.

PENGARAH syarikat warga Bangladesh dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya baru-baru ini.

Seramai 49 orang yang ditahan itu merupakan pegawai imigresen, manakala seorang lagi adalah anggota polis berpangkat sarjan.

Kosmo! sebelum ini mendedahkan penguat kuasa di Terminal 1 dan Terminal 2, Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerima bayaran RM500 hingga RM2,500 bagi membawa masuk warga a­sing menggunakan modus ope­randi counter setting atau laluan kaunter khas.

Sumber dilaporkan berkata, risikan mendapati wang rasuah itu diserahkan kepada tali barut tersebut berbeza mengikut kewarganegaraan. Bayaran rasuah paling rendah sebanyak RM500 bagi Uzbekistan, manakala ter­tinggi RM2,500 bagi Bangladesh.

Jumlah sogokan itu juga berbeza bagi warga Indonesia, China, Vietnam, Pakistan, India, ­M­­­y­an­mar dan Yemen.

Bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan, sindiket tersebut menggunakan kod nama khas seperti school boy, salak, limau, laici, karpet, kicap, roti canai, junta dan ayam.

Kod tersebut merujuk kepada kumpulan warga asing ketika mereka berurusan di kaunter yang telah diaturkan.
Mereka juga menggunakan kod lembu merujuk kepada pembayaran rasuah diterima sindiket.

Kod durian pula merujuk kepada upah penguat kuasa.

Pegawai penguat kuasa di dua terminal tersebut akan menerima se­narai nama berserta dengan gambar pasport warga asing yang akan tiba di negara ini menerusi aplikasi Whatsapp daripada sindiket.

Sebaik tiba, mereka akan di­arahkan ke kaunter yang diaturkan bagi tujuan pelepasan masuk dan diberi kebenaran menetap di sini selama 30 atau tujuh hari. Selepas itu, warga asing tersebut akan diambil ejen untuk dibawa ke destinasi masing-ma­sing.

Siasatan turut mendapati bayaran yang dikenakan oleh sindiket kepada kumpulan warga asing yang ingin memohon permit kerja ke negara ini adalah sebanyak RM6,000 hingga RM12,000 dengan menggunakan saluran yang tidak sah.

SPRM turut menahan pe­ngarah syarikat warga Bangladesh bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN