fbpx
Muhamad Rofi menunjukkan tapak kaki gajah yang dijumpai di kawasan kebun penduduk di Kampung Serian, Gua Musang.

Gajah liar minum air tepi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Serian di sini, kini hidup dalam ketakutan selepas perkampungan serta kebun mereka diceroboh seekor gajah liar sejak dua minggu lalu.

Kehadiran gajah jantan itu turut menyebabkan rutin ha­rian penduduk sebagai pekebun dan penoreh getah terganggu apabila mereka terpaksa mengehadkan waktu berada di kebun kerana bimbang diserang haiwan liar itu.

Seorang pekebun, Muhamad Rofi Ismail, 58, berkata, gajah liar itu masih berada di dalam kawasan kebun selepas mereka menjumpai banyak kesan tapak kaki dan najis.

Katanya, gajah tersebut turut merosakkan pokok getah dan pokok buah-buahan seperti pisang selain buah dokong yang diusahakan penduduk.

“Gajah liar itu dilihat berada berhampiran rumah penduduk dan minum air dalam tong yang disimpan di tepi rumah pada Jumaat minggu lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Serian di sini semalam.

Muhamad Rofi memberitahu, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa keluar secara berkumpulan untuk menoreh getah atau melakukan kerja di kebun secara singkat bermula pukul 8 hingga 11 pagi kerana tidak mahu terserempak dengan gajah liar itu.

Katanya, laporan telah dibuat kepada pihak Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan siasatan termasuk pemantauan telah dilakukan anggota jabatan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN