fbpx

Shuhada jawab sebab tak balas serangan bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhada berkata, ada sebab mengapa dia tidak membalas serangan berbentuk tumbukan yang dicetuskan bekas suami, Hafidz Roshdi tempoh hari.

PETALING JAYA – Jawapan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang memberitahu punca dia tidak membalas tumbukan ketika dikasari pelakon itu menarik perhatian pengguna media sosial.

Dalam nada berseloroh, Shuhada, 30, memberitahu dia memilih untuk tidak membuat serangan semula kerana bimbang keselamatannya nyawanya terancam.

“Kenapa saya tidak tumbuk dia semula? Nanti kalau saya tumbuk dia balik, kemudian dia cekik saya lepas itu mati nanti macam mana?,” soalnya.

Shuhada memberi reaksi tersebut sewaktu ditanya mengapa tidak membuat serangan balas ketika kejadian terbabit berlaku dalam satu video siaran langsung menjual produk kosmetik.

Dalam video sama, Shuhada berkongsi foto menunjukkan wajahnya mengalami beberapa masalah kulit termasuk kesan parut akibat ditumbuk.

Malah, tanpa berselindung Shuhada menjelaskan parut pada pipi kirinya itu cedera akibat ditumbuk.

“Kalian tanya bagaimana boleh jadi seperti itu? Malas saya hendak cerita sebab kalian tahu yang saya kena tumbuk.

“Itulah kesan yang dapat dilihat,” katanya.

Susulan itu, beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa simpati kepada Shuhada dan kini telah menetap di Australia bersama dua anaknya.

“Kasihan Shu (nama panggilan Shuhada).

“Semoga kuat dan dimurahkan rezeki,” antara komen netizen.

Pada 13 Mac 2023, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya (ketika itu) Shuhada dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

Kemudian, pada Julai lalu Shuhada membuat keputusan untuk menarik balik kes pukul yang difailkan sebelum ini.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bahawa pihaknya berhasrat untuk meneruskan kes Hafidz yang didakwa mencederakan Shuhada dengan perbicaraan.

Pada 27 Julai 2023, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI