LANGKAWI – Seramai 567 penumpang feri Bahagia 168 yang terkandas di beting pasir di perairan Kuala Perlis sejak petang tadi selamat sampai di Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini malam ini.
Feri tersebut berlayar dari Terminal Feri Kuala Perlis pada pukul 2.30 petang tadi, namun tersangkut pada beting pasir.
Kesemua penumpang berada di dalam feri berkenaan selama lebih lapan jam.
Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, feri itu selamat tiba di terminal feri di pulau peranginan ini pada pukul 10.40 malam. – KOSMO! ONLINE