fbpx
PENYERANG Sri Pahang, Kpah Sherman (kanan) menyumbangkan dua gol untuk memastikan kemenangan 5-1 ke atas PDRM FC di Stadium MP Temerloh, sebentar tadi. - FB SRI PAHANG

Liga Super: PDRM FC jadi mangsa amukan Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kemarau kemenangan Sri Pahang akhirnya menemui titik noktah selepas raih kemenangan bergaya 5-1 ke atas PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Pertahanan import, Stefano Brundo dan peledak utama, Kpah Sherman muncul pemain paling menyerlah apabila masing-masing menyumbangkan dua gol.

Terdahulu, Sherman terlebih dulu membuka jaringan seawal minit ke-17 sebelum Brundo menambah gol kedua pada minit ke-25.

Selang dua minit selepas itu, kedudukan tuan rumah makin selepas apabila Manuel Hidalgo merobek gawang lawan buat kali ketiga sebelum Brundo memastikan jaringan kedua peribadinya pada minit ke-34.

Dua minit selepas aksi bersambung, Sherman terus menambah derita The Cops manakala Bruno Suzuki menghasilkan gol saguhati pelawat pada minit ke-73.

Dalam aksi di Stadium Likas menyaksikan Sabah terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Terengganu 1-1.

Tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Joao Pedro pada minit ke-11 namun penyerang import Terengganu, Ismaheel Akinade berjaya meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI