fbpx
REKAAN fesyen pleats kini dipelbagaikan dan menjadi lebih menarik.

Aura sofstikated fesyen ‘lipatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INOVASI rekaan fesyen yang berlaku seiring peredaran zaman lazimnya melibatkan potongan, fabrik, warna dan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan busana.

Tidak dinafikan, perubahan rekaanmberlaku saban tahun bagi mengikuti pergerakan trend semasa dan memenuhi cita rasa pemakai.

Antara rekaan popular yang malar segar termasuk rekaan pleats yang merujuk kepada teknik lipatan pada fabrik.

Bahkan, penggayaan pleated skirt yang begitu popular sekitar 10 tahun lalu juga dikatakan bakal kembali popular bagi musim luruh yang bakal tiba tidak lama lagi.

Fabrik pleated merujuk kepada material yang sudah dilipat dan ditekan bagi menghasilkan satu rekaan unik. Hasilnya adalah satu gaya yang nampak
berbeza, namun tidak kelihatan berlebihan.

Bukan hanya baju dan seluar, rekaan itu turut popular pada tudung sebagai menambah satu tarikan pada pakaian sedia ada.

Selain praktikal dan nampak lebih aesthetic, fabrik lipatan juga bersifat versatil dan mudah disuaipadankan dengan pakaian sedia ada.

Antara padanan popular termasuk skirt pleated potongan A-line yang digayakan bersama blaus berkolar tinggi untuk gaya sopan dan sofistikated.

Antara individu yang mempopularkan rekaan tersebut di negara ini ialah pengasas jenama Larney iaitu Zura Zabidi.

Siapa sangka, aktiviti rekaan pakaian yang pada mulanya hanya sekadar hobi kini menjadi punca rezekinya sejak hampir 10 tahun lalu.

Zura yang juga merupakan bekas jurutera itu telah mempopularkan rekaan lipatan dengan memperkenalkan pelbagai busana pleated daripada baju, skirt, dres sehinggalah baju kurung.

Malah, gaya tersebut juga menjadi signatur dan DNA Larney sehingga ke hari ini.

“Saya mula menghasilkan rekaan pakaian untuk Larney pada 2015 secara suka-suka dari rumah dan turut memasarkan rekaan yang ada menerusi
platform e-dagang.

“Beberapa tahun kemudian, saya mendapati terdapat permintaan bagi rekaan yang dihasilkan dan mula mempunyai laman web sendiri pada2019,” kongsinya kepada Stailo.

Zura berkata, terdapat pelbagai teknik dan rekaan pleats yang dihasilkannya dan ia ternyata bukanlah satu rekaan yang mudah.

“Rumit sebenarnya membuat teknik lipatan ini kerana saya perlu mengkajimfabrik bagaimana yang sesuai dengan
jenis pleats yang mahu saya hasilkan, kerana bukan semua jenis fabrik sesuai dengan jenis lipatan yang sama.

“Maka, untuk itu saya banyak melakukan penyelidikan demi untuk mendapatkan material dan rekaan yang tepat.

“Namun, apabila melihat sambutan dan penghargaan yang diterima daripada peminat gaya itu di negara ini, saya berasa puas dan mahu terus
memberikan yang terbaik kepada mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN