fbpx

Malaysia terima penghargaan dari AS, kerjasama pelaburan Boeing – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir Majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 di sini hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

CYBERJAYA – Malaysia menerima penghargaan daripada Amerika Syarikat (AS) ekoran kerjasama pelaburan yang dilakukan oleh pembuat kapal terbang dari negara berkenaan iaitu Boeing di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghargaan itu dinyatakan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo menerusi sepucuk surat yang diberikan kepadanya pada hari ini.

“Kebetulan pagi tadi saya dapat surat daripada Setiausaha Perdagangan AS yang menyatakan penghargaan tinggi kepada kita kerana kerjasama membolehkan mereka melabur melalui syarikat Boeing di Kedah.

“Ini kerana mereka yakin akan keupayaan dasar kita walaupun kadang-kadang ada yang bimbang kerana nampak ada sedikit anjakan dari segi dasar luar,” katanya ketika berucap pada Majlis peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI