fbpx
Che Ta berkata, anaknya yang berusia 10 tahun iaitu Aaisyah berhak menerima wang hantaran yang tinggi sekiranya membesar sebagai seorang wanita berdikari.

‘Dulu wang hantaran saya RM93,000, Aaisyah kena RM900,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Nak wang hantaran tinggi, kena pandai buat kerja rumah.”

Demikian pesanan pelakon Rozita Che Wan kepada anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, 10, mengenai kepentingan mempelajari asas ilmu rumah tangga sebagai seorang wanita.

Menurutnya yang mesra disapa sebagai Che Ta, seorang wanita perlu mengetahui asas ilmu rumah tangga selain harus bijak berdikari.

“Nak duit hantaran tinggi perlu cerdik dan pandai buat kerja rumah, tahu semua, macam mummy.

“Cari duit pun pandai macam mak awak ini. Jangan tahu nak melawa pakai gincu merah sahaja.

“Perlu pandai mengaji dan solat jangan tinggal,” katanya dalam sebuah video.

Tambah Che Ta, dia juga memberitahu duit hantaran perkahwinan Aaisyah berkemungkinan boleh mencecah sehingga RM900,000 dan melebihi jumlah yang pernah diterima sebelum ini daripada suami tercinta, Zain Saidin.

“Kalau dulu mummy terima wang hantaran RM93,000, Aaisyah nanti kena RM900,000.

“Kalau pegang senduk pun tak reti, jadi anak dara tua nanti. Tapi Aaisyah hebat bukan?” katanya lagi.

Che Ta berkata demikian selepas Aaisyah memberitahu tindakannya mencuci pinggan adalah antara cara untuk menerima jumlah wang hantaran tinggi satu hari nanti.

“Kita nak hantaran tinggi-tinggi, kena lah basuh pinggan banyak-banyak,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut selain menyifatkan Aaisyah rajin membuat kerja rumah meskipun baru berusia 10 tahun.

“Bagus Che Ta didik anak perempuan, memang perlu tahu buat kerja rumah.

“Suka pesanan Che Ta mengenai perlu pandai mengaji dan solat. Aaisyah pun bagus sebab rajin tolong mummy,” komen netizen.

Selain Aaisyah, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN