fbpx

DBKL sita barangan penjaja asing di Segambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita oleh DBKL dalam operasi dilaksanakan sekitar Segambut Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Barang perniagaan dua penjaja warga asing disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika operasi dilaksanakan pada Sabtu lalu.

Selain sitaan terbabit, premis perniagaan yang menghalang tempat awam di sekitar Jalan Sri Bintang dan Jalan Pintasan Segambut juga turut dikenakan tindakan.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, operasi itu dibuat pihaknya melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Segambut.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak dua barangan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita serta merta di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Selain itu, berdasarkan aduan yang diterima, dua lagi premis perniagaan telah dikenakan tindakan pindah halangan terhadap barangan perniagaan yang diletakkan di tempat awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua barangan yang diambil tindakan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, di sini, untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI