fbpx
TUN Laila impikan pasangan hidup yang bijak dan matang.

Tun Laila pilih peguam, bukan kapten kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERKENAL dengan gelaran ‘Tun Laila dah explain dekat TikTok’ memberi tuah kepada Tun Laila Tun Rafaee, 26, untuk dikenali oleh pengguna media sosial terutamanya berkaitan nasihat undang-undang.

Menariknya, gadis manis berasal dari Miri, Sarawak ini tidak pernah berputus asa berkongsi manfaat kepada umum meskipun sering menerima kecaman dan kritikan.

Kepada Kosmo! Ahad, Laila bercerita mengenai dirinya yang memecahkan tradisi keluarga apabila memilih menjadi peguam berbanding adik beradik lain yang bekerja di sektor perkapalan.

KOSMO! AHAD: Ceritakan sedikit tentang Tun Laila?
TUN LAILA: Seorang peguam muda yang secara tak sengaja menceburkan diri dalam media sosial.

Bagaimana boleh ceburi bidang undang-undang?
Menjadi salah satu cita-cita sejak kecil. Ketika sekolah menengah, saya sambung belajar aliran sains, tapi sejak mendapat tempat di UiTM Dengkil untuk Asasi Undang-Undang, minat untuk jadi peguam lebih besar.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan sebagai peguam?
Pengalaman manis bila anak guam dibebaskan dan zahirkan rasa terima kasih pada kita. Kerjaya sebagai peguam adalah untuk membantu masyarakat. Saya suka berkongsi mengenai ilmu undang-undang.

Pandangan berkenaan trend ‘Tun Laila dah explain dekat tiktok’
Disebabkan ia berasal dari kecaman dan perlian, jujur saya sangat tak gemar dengan tagline tersebut. Tapi, bila dipandang dari sudut positif, satu hari nanti kalau ada kesempatan saya akan buat YouTube Channel dengan podcast ‘Tun Laila kan dah explain’ untuk kongsi ilmu.

Individu yang buat Laila rasa tak seronok?
Sebagai peguam, saya tak boleh pilih individu atau golongan untuk saya berurusan. Tapi saya rasa ralat untuk berurusan dengan orang yang berfikiran seakan memahami mendalam kerja peguam daripada peguam sendiri.

Kalau bukan peguam, jadi apa?
Kalau tak jadi peguam, saya jadi kapten kapal, minat di laut sebab ikut abang-abang dan kakak yang kerja di laut.

Bagaimana uruskan masa sebagai content creator dan peguam?
Keutamaan diberikan pada kerja hakiki sebagai seorang peguam. Mencipta kandungan atau aktiviti harian adalah nombor dua. Saya bersyukur sebab saya ada majikan dan rakan sekerja yang sangat memahami.

Adakah Tun Laila tegas di luar waktu tugasan?
Saya memang seorang yang tegas, tapi di luar waktu bekerja, saya tak pakai topi ‘peguam’, le­bih santai dan senang bergaul.

Jejaka pilihan Tun Laila?
Seseorang yang lebih pandai dari saya, sebab ilmu saya cetek, dia perlulah mampu mengajar dan membimbing saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN