fbpx
Ribut tropika kuat dikesan berlaku kira-kira 1,294 km timur laut Kudat, Sabah.

Ribut tropika kuat di Kudat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat (YAGI), yang dikesan berlaku kira-kira 1,294 kilometer (km) timur laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 18.2 utara dan longitud 119.6 timur, kira-kira 106 km ke barat daya Bandar Laoag, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, jabatan itu memberitahu ribut tropika berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 74 km/j.

MetMalaysia menjelaskan keadaan itu tidak memberi ancaman kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI