fbpx
AZRUL menunjukkan penkek kartun hasil air tangannya ketika ditemui di gerainya di Seremban semalam.

‘Bodyguard’ Datuk jual pancake, hidup lebih ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang bekas pengawal peribadi orang kenamaan bergelar Datuk kini menjadi penjual penkek kartun sepenuh masa bagi menghiburkan kanak-kanak selain minat mendalam dalam bidang seni lukisan.

Azrul Azwan Anuar, 39, berkata, dia tidak menang tangan me­layan permintaan pelanggan cilik untuk ‘melukis’ kartun ter­kenal seperti Kuromi, Hello Kitty, Spongebob dan Spiderman.

Menurut Azrul, dia mula menjual makanan itu sejak enam bulan lalu selepas lebih lima tahun bekerja sebagai bodyguard.

“Melukis ini sesuai dengan jiwa saya lebih-lebih lagi saya suka melayan kanak-kanak. Apapabila melihat mereka gembira dengan hasil penkek kartun yang dihasilkan ia ibarat satu kepuasan,” katanya ketika ditemui di gerainya di Taman Warisan Pu­teri di sini semalam.

Jelas lelaki itu, minat untuk menceburi peniagaan penkek kartun muncul selepas dia menonton video tular di platform TikTok.

“Jika di Malaysia, pencetus penkek kartun berasal dari Me­laka. Saya ada menghubunginya untuk mempelajari resipi dan teknik melukis penkek selama seminggu bagi 34 watak kartun.

“Cabaran membuat penkek adalah kita terpaksa ‘melukis’ dengan keadaan tergantung ke­rana tidak boleh meletak tangan pada kuali panas. Pada waktu puncak, tangan memang lenguh.

“Biasanya penkek ini mengambil masa lima hingga tujuh minit bergantung kepada warna dan jenis kartun,” katanya.

Tambahnya, rasa dan tekstur penkek kartun sama se­perti penkek biasa, cuma adunan tepungnya pelbagai warna. Ia dijual pada harga RM10 sekeping.

“Ada pelanggan yang datang setiap hari untuk membeli penkek. Saya gembira kerana rasa dihargai,” katanya. Gerai Azrul dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 6.30 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN