fbpx

Dulu dicari hanya musim tengkujuh, sekarang diminati ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Anuar menunjukkan ikan bekok yang dihasilkannya ketika ditemui di Kampung Penarik Baru, Setiu.

SETIU – Seorang nelayan mampu meraih pendapatan hampir RM9,000 sebulan dengan menjual ikan bekok iaitu gelama masin yang dijemur dua hari.

Tengku Anuar Tengku Mohamed, 54, berkata,ikan bekok kini semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai.

“Pada mulanya, saya buat ikan bekok untuk dijadikan lauk pada musim tengkujuh dan bekalan turun ke laut. Saya hanya menjualnya selepas rakan minta untuk bekalkan ke kedai makannya beberapa tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Penarik Baru di sini semalam.

Tengku Anuar berkata, ikan bekok itu kemudian mendapat permintaan daripada pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh Terengganu. Setiap bulan, lelaki itu mampu menjual 300 kilogram (kg) ikan bekok.

“Ikan bekok dijual RM30 sekilogram. Kebanyakan bekalan ikan diperoleh daripada nelayan laut dalam di Besut,” katanya.

Tengku Anuar berkata, permintaan ikan bekok amat tinggi sepanjang tahun dan rata-rata restoran di Terengganu dan Kelantan menyajikan hidangan tersebut.

“Saya berhasrat untuk memperluaskan pasaran ikan bekok ke seluruh negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN