fbpx
Gambar hiasan

‘Salam, saya dari masa depan…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISU buli siber bagaikan tidak berpenghujung. Jadi apakah sebenarnya buli siber ini? Apa-apa perbuatan mengancam, memalukan atau menakut-nakutkan seseorang melalui medium elektronik adalah merupakan buli siber.

Ia turut merangkumi platform media sosial, permainan, pemesejan dan telefon bimbit.

Mangsanya pula tidak mengira lapisan kasta. Boleh jadi seorang lelaki atau wanita ‘berwajah awam’. Sophia Albarakbah yang jelita itu pun turut ‘dihambat’ oleh pembuli-pembuli siber.

Pak-pak dan mak-mak menteri waima Perdana Menteri sendiri tidak terlepas daripada menjadi mangsa.

Jenis-jenis buli siber ini juga pelbagai. Selain mesej yang mengganggu dan mengancam, menyalahgunakan kata laluan, nama orang lain termasuk menyamar individu lain, perbuatan forward/sharing e-mel, gambar atau video kepada orang lain itu pun salah satu bentuk buli siber.

Teringat satu kisah seorang rakan wanita memberitahu dia kerap menjadi mangsa sexting daripada salah seorang rakan lelaki yang turut dikenali dalam kelompok kami dengan alasan ‘hanya gurauan’. Itu juga buli siber.

Pengamal media juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa pembuli siber. Andai penulisan tidak digemari netizen, bersedialah untuk ‘dikendurikan’. Agaknya itulah asam garam dunia hari ini.

Harus kita ingat budaya ‘fake woke’ ini terlahir daripada golongan-golongan yang mengaku ‘woke’, namun menunggang sesuatu isu untuk meraih populariti. Bahasa mudah orang lain tidak ‘woke’ seperti mereka.

Apa-apa yang dimuat naik di media sosial akan kekal. Kita mungkin terlupa komen yang dibuat 10 tahun lalu, namun Facebook tidak akan pernah ‘terlupa’.

Contohnya, baru-baru ini ‘timbul’ di timeline penulis, status di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pasukan hoki Malaysia kira-kira sembilan tahun lalu.

Ramai meninggalkan komen mengecam dengan bahasa-bahasa kesat. ‘Dosa-dosa’ di media sosial ini susah untuk kita hapuskan, kadang-kadang dibayar tunai oleh golongan ‘Salam saya dari masa depan…’

Sama seperti komen-komen yang dibuat kepada pemimpin ketika ini. Penulis ingin mengajak orang ramai khususnya pengguna media sosial agar berpada-padalah dalam menggunakan media sosial. Andai sesuatu isu di luar kepakaran kita tidak rugi pun hanya ditatal (scroll) ke atas.

Tidak semua perkara dimestikan untuk kita memberi pandangan. Jadi bersederhanalah, individu-individu yang disasarkan pun manusia, diri kita sendiri pun manusia. Tiada yang sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN