fbpx

Tidak layak mohon kerja jika lahir tahun anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik syarikat mempercayai bahawa dia tidak serasi dengan individu yang dilahirkan pada tahun anjing. - Oddity Central

BEIJING – Sebuah syarikat di China mengundang kecaman selepas meminta calon yang lahir  pada tahun anjing untuk tidak memohon pekerjaan yang ditawarkan, lapor portal berita Oddity Central semalam. 

Syarikat yang namanya tidak didedahkan dan berpangkalan di bandar Guangzhou, wilayah Guangdong itu menyiarkan iklan pengambilan kakitangan pentadbiran baru-baru ini. 

Antara syarat kelayakan adalah memiliki pengalaman bekerja dan mahir menggunakan  perisian pejabat, selain menawarkan gaji bulanan 4,000 yuan (RM2,500). 

Orang ramai terkejut apabila mendapati iklan itu meminta calon yang lahir pada tahun anjing untuk tidak menghantar ‘resume’ mereka. 

Rata-rata, netizen menganggap syarikat tersebut melakukan diskriminasi. 

Sumber organisasi berkenaan menyatakan, pemilik syarikat dilahirkan pada tahun naga dan percaya dia tidak serasi dengan individu yang dilahirkan pada dalam tahun anjing. 

“Pengambilan pekerja yang lahir pada tahun anjing akan memudaratkan pembangunan syarikat, jadi dia secara khusus menekankan ‘orang anjing’ tidak perlu menghantar permohonan,” kata sumber. 

Sementara itu, orang ramai menasihati mereka yang lahir pada tahun tersebut untuk menyaman syarikat itu kerana melakukan ‘diskriminasi berdasarkan zodiak’. 

“Saya selalu berfikir mencari pekerjaan selepas umur 35 tahun adalah sukar, tetapi saya tidak menyangka tanda zodiak pula menjadi masalah,” kata netizen.

“Apa salah saya dilahirkan pada tahun anjing? Saya bukannya menghidap rabies (penyakit anjing gila),” sindir netizen lain.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, mereka yang memiliki zodiak tersebut lahir pada 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006 dan 2018. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI