fbpx

Suspek culik cenderung laku jenayah seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIN SON dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini untuk menghadapi tujuh pertuduhan memiliki bahan lucah, 24 Julai lalu.-Foto KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Tindakan suspek utama penculikan budak enam tahun dipercayai mempunyai kecenderungan untuk melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, penculikan kanak-kanak itu bukan dilakukan secara rawak oleh suspek, Leang Win Son pada hari kejadian.

Katanya, lelaki berusia 31 tahun itu turut merancang untuk melarikan kanak-kanak terbabit ke sebuah hotel murah di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor bulan lalu.

“Kita percaya suspek yang merupakan penganggur itu telah memerhatikan pergerakan kanak-kanak itu (semasa Festival Bon Odori di Eco Galleria) terlebih dahulu.

“Motif suspek bertindak demikian disyaki mempunyai kecenderungan salah laku seks terhadap kanak-kanak. Berdasarkan rampasan yang dilakukan di rumah suspek turut menyokong dia mempunyai nafsu (desires) ke arah itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, Win Son berdepan dengan lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi tadi melakukan culik, pengurungan salah dan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan serta memiliki bahan lucah, bulan lalu.

Lelaki itu turut dihadapkan ke Mahkamah Kulai bagi berdepan tujuh pertuduhan kerana memiliki bahan lucah termasuk melibatkan kanak-kanak seperti bantal panjang bergambar kanak-kanak perempuan berbogel, bantal panjang bergambar kanak-kanak berseluar pendek dan juga alat sulit palsu wanita.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI