fbpx

[VIDEO] Suspek kes culik tiba di Mahkamah Johor Bahru, hadapi 15 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes culik kanak-kanak tiba di mahkamah bagi menghadapi 15 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Jenayah, Johor Bahru disini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun pada 20 Julai lalu di Iskandar Puteri tiba di Mahkamah Johor Bahru di sini hari ini.

Suspek yang berusia 31 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dikawal ketat pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Suspek akan berdepan 15 pertuduhan di Mahkamah Johor Bahru dan Mahkamah Kulai.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, suspek berdepan tujuh pertuduhan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah dan masing-masing satu pertuduhan bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 346 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

“Suspek juga akan dituduh dengan empat pertuduhan dibawah Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Selain itu, lelaki itu juga berdepan masing-masing satu pertuduhan bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 4 Ogos lalu, suspek berusia 31 tahun itu ditahan semula bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak perempuan tersebut ekoran penemuan pelbagai mainan seks termasuk bahan pornografi libatkan kanak-kanak.

Suspek ditahan pada 23 Julai selepas Polis Johor berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu yang berada di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor selepas tiga hari diculik suspek.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI