fbpx

Rusuhan Britain: 6,000 polis dikerah hadapi perusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menolak penunjuk perasaan semasa demonstrasi di Weymouth pada 4 Ogos lalu. - AFP

LONDON – Kira-kira 6,000 anggota polis bersiap sedia semalam untuk menangani rusuhan paling teruk di Britain dalam tempoh lebih sedekad.

Akhbar The Guardian melaporkan, polis memantau laporan yang menyatakan sekurang-kurangnya 30 perhimpunan lagi mungkin berlaku di 30 lokasi.

Senarai firma peguam dan agensi perunding turut dikongsi dalam kumpulan sembang laman sosial.

Ia dirujuk sebagai sasaran berpotensi untuk perhimpunan tersebut, dengan mesej-mesej berantai mengajak orang ramai untuk memakai topeng muka sekiranya mereka hadir.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer sebelum itu memberi amaran kepada perusuh bahawa mereka akan dikenakan hukuman penjara sebelum akhir minggu ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tindak balas kecemasan atau Cobra, Starmer berkata, penguatkuasaan undang-undang yang tegas menanti pesalah.

Setakat semalam, lebih 400 orang telah ditangkap dan 100 daripada mereka didakwa di mahkamah.

Tangkapan itu dibuat selepas beberapa hari kekacauan berlaku di sekitar England berikutan pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan di Southport.

Ia dicetuskan oleh maklumat palsu yang tersebar di internet bahawa suspek ialah seorang pencari suaka dan beragama Islam.

“Tiada sesiapa harus terlibat dalam kekacauan ini,” kata Starmer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI