fbpx

Lelaki makan kucing untuk rawat kencing manis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan tempat di mana lelaki itu menikmati hidangan ‘daging kucing’ di Semarang. - Detik Jateng

JAKARTA – Seorang lelaki di Semarang, Jawa Tengah mengundang kecaman orang ramai selepas ditangkap kerana menyembelih dan makan daging kucing untuk merawat penyakit diabetes, lapor saluran berita Detik semalam. 

Penduduk tempatan dikenali sebagai Sutiyatun berkata, dia pernah diberitahu oleh seorang penyewa mengenai perbuatan lelaki itu menyembelih kucing. 

“Sebelum ini, ada seorang penyewa memberitahu saya bahawa dia melihat suspek menyembelih kucing. Kejadian itu sudah lama pada tahun 2020,” kata Sutiyatun. 

Bagaimanapun, dia mendakwa bahawa suspek yang dikenali sebagai NY, mengulangi perbuatan keji itu. 

Beberapa klip video yang tular di media sosial merakam perbualan antara penyewa dan NY berhubung isu pembunuhan haiwan itu. 

Dalam rakaman tersebut, NY mengaku makan kucing untuk menjaga kadar gula dalam darah kerana menghidap penyakit kencing manis. 

Suspek ditahan polis dan siasatan kes itu sedang dijalankan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI