fbpx
SEBAHAGIAN GRO yang ditangkap dalam serbuan di pusat hiburan di Ipoh semalam. - Foto IMIGRESEN

12 GRO leka layan pelanggan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seramai 12 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing dicekup ketika leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini semalam.

Serbuan Op Gegar, Selera dan Minyak bermula pukul 7 malam itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak Cawangan Ipoh.

Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, kesemua GRO warga Vietnam itu gagal melarikan diri. Turut diberkas empat lelaki Myanmar yang bekerja sebagai pelayan di premis berkenaan.

“Mereka merupakan antara 33 warga asing yang diberkas melibatkan warga India, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka berusia 17 hingga 40 tahun.

“Tangkapan ke atas semua warga asing itu dibuat di tiga lokasi termasuk di pusat hiburan, restoran dan premis perniagaan. Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya hari ini.

Kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN