fbpx
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China dalam aksi separuh akhir perlawanan badminton Olimpik Paris 2024

PearThin kekal ‘trending’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejayaan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mara ke pusingan separuh akhir pada perlawanan badminton Olimpik Paris 2024 kekal ‘trending’ di platform X dengan tanda pagar #PearThin.

Tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China dalam aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle hari ini, pencapaian dicatatkan ternyata membanggakan rakyat Malaysia.

Rata-rata penyokong Malaysia mendoakan kejayaan mereka dalam aksi merebut pingat gangsa menentang pasangan Jepun esok tanpa Thinaah mengalami sebarang kecederaan teruk.

“Kita kalah but ‘it’s okay:, Gangsa dalam tangan. Aku puas hati dengan ‘game’ Pearly & Thina. Hebat. Bagi dia orang sikit masa lagi akan jadi ‘World No 1 Women Double’,” komen KuyenKay.

“Sangat bangga dengan #PearThin. Terima kasih kerana mewakili kami. Terima kasih kerana menampilkan semangat juang,” kata Min.

“Perlawanan yang amat tegang. Kedua-dua pihak kelihatan mengalami kecederaan. Mereka yang main, tapi aku pula yang berpeluh. PearThin telah melakukan yang terbaik dan kami sangat berbangga,” komen nell.

Tanda pagar #PearThin di aplikasi X mempunyai hampir 30,000 ciapan menandakan sokongan berterusan rakyat Malaysia kepada mereka dalam sukan Olimpik Paris 2024.

Pearly-Thinaah tewas 12-21, 21-18, 15-21 kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena.

Mereka seterusnya akan beraksi dalam perebutan pingat gangsa menentang Nami Matsuyama-Chiharu Shida, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI