fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu wanita pertama negara melayakkan diri ke separuh akhir di Sukan Olimpik. - AFP

Olimpik Paris: Pearly-Thinaah cipta sejarah ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 diteruskan ke pusingan separuh akhir selepas membenam cabaran pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong di suku akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris itu, Pearly-Thinaah tidak berdepan banyak masalah apabila mencatat kemenangan menerusi aksi straight set 21-12, 21-13 dalam tempoh 42 minit.

Hasil keputusan tersebut, bekas juara Terbuka Perancis itu kini memiliki satu kemenangan ke atas So Yeong-Hee Yong dalam dua pertemuan selepas perlawanan pertama sebelum ini memihak kepada beregu Korea tersebut.

Menanti Pearly-Thinaah di pentas separuh akhir esok adalah beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang menewaskan pasangan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-15, 21-8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI