fbpx
BONGGO-BONGGOL yang terdapat di kawasan perumahan di Taman Sungai Udang, Melaka.

‘Kami bukan suka-suka bina 11 bonggol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pembinaan 11 bonggol di Taman Sungai Udang dekat sini yang disifatkan terlalu ba­nyak sehingga tular di media sosial terpaksa dilakukan selepas laluan taman itu bertukar menjadi ‘lebuh raya’ pintas bagi pengguna jalan raya.

Ketua Persatuan Penduduk Taman Sungai Udang, Yohani Ab. Wahab berkata, bonggol itu telah dibina sejak 2006 selepas semakin banyak kenderaan luar termasuk kenderaan berat lori dan treler melalui kawasan perumahan mereka.

Menurutnya, taman perumahan itu menjadi laluan pintas khususnya untuk penduduk dari Payasum, Tangga Batu dan Paya Rumput.

“Pembinaan bonggol mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang ketika itu, selain mematuhi spesifikasi pembinaan ditetapkan.

“Sejak Lebuh Raya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Ke­roh (SPA) dibuka pada 2005 dan pembinaan Taman Keris Satria di sebelah, semakin banyak kenderaan menggunakan laluan taman ini sehingga mengancam keselamatan penduduk.

“Asalnya hanya ada dua bonggol tetapi selepas berlaku beberapa kemalangan termasuk anak penduduk dilanggar dan kereta dirempuh kenderaan luar, kami telah menambah lagi bonggol,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.

Tambahnya, laluan itu juga baru sahaja diturap selepas me­ngalami kerosakan dan bonggol itu dicat dengan warna kuning sebagai amaran untuk pengguna memperlahankan kende­raan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN