fbpx

Tengok langsir, bau kuda antara alahan pelik Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN Najuwa mengakui mengalami beberapa alahan aneh sepanjang tempoh kehamilan.

PETALING JAYA – Selepas mengumumkan dirinya hamil, pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia mengalami beberapa alahan ‘pelik’ sepanjang tempoh kehamilan trimester pertama.

Menurut Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abd. Wahid, 27, dia terpaksa menukar langsir baharu kerana secara tiba-tiba tidak menyukainya.

Malah sebuah pasu bunga turut menerima nasib yang sama apabila Intan meminta pembantu rumahnya untuk menyimpan pasu tersebut agar dia tidak melihatnya lagi.

“Sebelum ini saya tidak tahu bagaimana pengalaman alahan yang dialami oleh wanita hamil.

“Sebelum ini saya pernah melihat wanita hamil yang menginginkan untuk makan sesuatu, tetapi saya tidak tahu bagaimana perasaannya.

“Tetapi apabila saya sudah hamil, saya tahu bagaimana perasaannya. Langsir itu tidak bersalah. Sebelum ini langsir itu berada dalam keadaan baik dan tidak terusik, tetapi apabila saya hamil, saya sendiri tidak tahu apa masalah saya,” katanya dalam satu siaran video di TikTok.

Dalam pada itu, Intan turut mengatakan dia mengalami muntah-muntah selepas berkunjung ke ladang kuda bagi melihat haiwan peliharannya di sana.

Kata Intan, dia merasakan ada perubahan terhadap najis kuda yang dikatakan berbau sangat busuk.

“Sebelum tahu yang saya hamil, saya kerap pergi ke kandang kuda sehinggalah pada satu hari saya bertanyakan kepada suami mengenai pemakanan kuda.

“Saya fikir makanan kuda berkenaan telah diubah kerana perubahan bau najis yang sangat busuk dan membuatkan saya rasa loya serta muntah.

“Suami mengatakan semuanya seperti biasa dan tiada perubahan. Seminggu kemudian, baru tahu bahawa saya hamil dan waktu itu juga sedar yang saya mengalami alahan dengan kuda,” katanya yang kini sudah empat bulan tidak berkunjung ke kandang kuda.

Sebelum ini, Intan mendedahkan dirinya kini sedang hamil trimester kedua dan video ultrasound bayi ketika membuat pemeriksaan doktor di Instagram.

Pelakon Kekasih Rela Paksa itu turut menayang ‘baby bump’ sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

Terdahulu, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN