fbpx
SELEPAS tempoh 14 hari seperti diarahkan, Ustaz Don akan menyerahkan kenyataan bertulis berhubung ceramah agama sebelum ini.

Tahun baru mulakan hal baik, serah ikut tempoh – Ustaz Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berbaki beberapa hari tempoh penyerahan kenyataan bertulis berhubung ceramah agama sebelum ini, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid berjanji memberikan jawapan mengikut tempoh 14 hari seperti diarahkan.

Pengurusnya, Anna berkata, pihaknya diberi masa selama 14 hari bagi mengemukakan kenyataan bertulis dalam tempoh ditetapkan.

“Kita diberi masa 14 hari untuk menjawab.

Jadi insya-Allah dalam masa tersebut kita jawab,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! Online.

Berdiam bukan bermakna enggan memberi jawapan, sebaliknya Anna berkata pihaknya tetap akan memberi respons selain berharap orang ramai tidak cepat beranggapan bukan-bukan.

Siapa yang mendakwa enggan beri jawapan? Tahun baru ini, kita mulakan dengan hal-hal yang baik-baik ya.

“Begitulah orang sekarang, cepat sangat salah sangka,” ujarnya.

Hari ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pendakwah selebriti itu belum mengemukakan jawapan bertulis berkenaan setakat ini.

Setiausaha jawatankuasa berkenaan masih menunggunya bagi tindakan selanjut.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan belum menerima kenyataan bertulis Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berhubung fakta ceramah agama yang dibuatnya sebelum ini.

Kosmo! Online pada 27 Jun lalu melaporkan Ustaz Don diberikan tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Langkah tersebut dilakukan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN